Rangkaian Youth Skincare

November 16, 2019


Untuk pengetahuan korang, Youth Skincare sememangnya menjadi fenomena di kalangan wanita-wanita di seluruh dunia yang mementingkan kesihatan dan kemudaan wajah dengan menggunakan bahan selamat dan semulajadi. 



Bayangkan korang...

Youth Skincare mula-mula masuk Malaysia pada 1 Mac 2018. Sejak hari tu dah beberapa kali Youth habis stok! 

Bayangkan first batch yang mula-mula masuk malaysia tu boleh habis dalam masa 3 hari sahaja!

Kenapa lah gempak sangat Youth Skincare ni agak-agaknya ya?


UJIAN KLINIKAL TANPA KOMPROMI

Youth Skincare telah dihasilkan menggunakan kaedah klinikal oleh para pakar kulit (dermatologist) dan pakar mata bertaraf antarabangsa. Research RnD pun dah dijalankan selamaaa…. Bukan 8 minggu, bukan 8 bulan tapiii 8 TAHUN.

Korang nak tau cerita masa zaman-zaman Youth masih dalam tempoh penyelidikan ? 

Masa tu team saintis Shaklee dah berkali-kali propose kat Mr. Roger untuk lancarkan je produk Youth Skincare ni. Tapi berapa banyak kali ulang pun proposal tu, Mr. Roger Barnett, CEO Shaklee Corporation tetap tak puas hati. Dia siap cakap kat team saintis semua tu, “Shaklee family deserves more than this!”. Kisah ni diceritakan sendiri oleh Mr. Roger masa Business Leaders Conference 2018 dulu. Audiens yang dengar semua melopong 😲. Amboi perfectionist benor Mr. Roger ni.

Selepas 8 tahun yang penuh ups and downs ni lah baru YOUTH dilancarkan dan dinikmati keberkesanannya oleh semua pengguna setia Shaklee di seluruh dunia.

So far Sismira dah setahun lebih guna Youth ni. Apa yang Sismira boleh cakap, this skincare is MAGIC

Like magician ke yang buat skincare yang amazing giler ni? Hahaha 😆

Boleh dikatakan 100% pengguna Youth bagitau kesan dia sangat lah cepat walaupun Youth ni skincare organik.

Iyelah kan, selalunya skincare organik lambat sikit nak nampak kesan dia. Skincare tak organik dan ada chemical yang tak berapa bagus untuk kesihatan je yang cepat giler kesan dia. 

Apa contoh chemical yang tak bagus tu? Haa contohnya:
  • Paraben derivatives (bahan kimia yang ada kandungan paraben) - yang bertujuan untuk membuat produk lebih tahan lama.
  • Parfum - untuk membuat produk berbau wangi dan untuk menutup bau chemical berbahaya yang lain seperti merkuri, plumbum
  • Mineral oil dan macam2 lagi

Tapi dengan Youth ni lain korang. Seawal 3 hari pun dah nampak perubahan kat muka. Acik-acik yang muka dah berkedut seribu pun boleh berkurang kedut kat muka dia. Contoh macam kat bawah ni.



Untuk wanita-wanita di luar sana yang kurang sabar nak tengok kesan skincare tu memang patut guna Youth ni. Sismira yang sangat lah kurang sabar nak tengok muka lawo lepas guna skincare ni pun bagi 10 bintang kat Youth 💫💫💫💫💫.

Memula tu ada la jugak rasa was-was nak guna takut kesan dia lambat. Tu yang beli masa bulan kedua bukan masa bulan pertama Youth dilancarkan.. Hihi. Harga pun boleh tahan masa tu walaupun Sismira berpeluang dapat kesemua free gift yg Shaklee bagi. Kira berbaloi la kan beli masa tengah promosi. Tapi masa tu Sismira niat demi untuk kesihatan badan, Sismira relakan jugak la beli Youth masa tu.

Ingatkan makan bulan juga nak tengok kesan taaapiii lepas seminggu guna, haih…. Ini dah lain macam jer.

Rasa macam ohsem giler lah ! 💥💥

Tak mampu nak ungkap dengan kata-kata dia punya tahap magical tu hihi. Rasa happy, terkejut dan puas hati giler bila tengok muka dah kurang paruuttt. Jerawat pulak makin lama makin tak ada dan kulit nampak lebih cerah dan glowing. Nampak ayu je muka Sismira... wadduhh wadduuhh happy nya lah masa ni. Culture shock la katakan.

Bangun tidur pun dah boleh senyum-senyum tengok muka sendiri. Dah tak sakit kepala tengok muka penuh jerawat dan parut. Haha siap boleh berangan depan cermin sebelum pergi toilet gosok gigi.

So, sekarang Sismira rasa bersyukur sangat ada Youth ni untuk selesaikan masalah kulit Sismira dan ramai lagi wanita di luar sana yang tercari-cari skincare yang berkesan dan semulajadi. Bolehlah jimatkan masa, duit dan tenaga dok try try segala skincare kat Watsons dan Guardian tuuu.

Satu fakta yang korang perlu tahu, bila kulit muka dah sihat, dah licin, lembap dan cerah, lagi senang korang nak apply pakai mekap. Mekap otomatik jadi elok dan lawo. Tak payah beria sangat nak mekap. Pakai sikit-sikit je dah naik seri.

Masa nak bersiap pun dah berkurang. Tak payah berejam nak bagi nampak lawa dan presentable.

Makin happy bila tengok orang lain dok update kesan yang sama. Maksudnya, Youth ni memang best la. Fuhhlamak lagi la membuak-buak rasa nak share kat semua orang 😇.

So tanpa melengahkan masa, Sismira nak share dengan korang rangkaian produk skincare YOUTH yang kecoh diperkatakan seantero dunia ni. 

RANGKAIAN PRODUK YOUTH SKINCARE

Youth skincare masa memula dilancarkan pada tahun 2018 ada cleanser, toner, serum, moisturiser, night cream, radiance C+E.



 Cleanser 3 dalam 1 yang berfungsi sebagai pembersih, scrub (buang sel kulit mati) dan penanggal mekap. Cleanser ni takde sabun (tiada SLE atau SLS yang mengeringkan kulit), pH seimbang dan sesuai untuk keselesaan kulitPembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten, polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, membersihkan dan menyediakan kulit anda untuk ke langkah seterusnya.

Bahan-bahan utama : Vital Repair, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau

Review Sismira : 

Satu benda yang Sismira paling jatuh cinta adalah cleanser ni langsung TAK PEDIHKAN MATA ! Jadi senang la nak bersihkan mekap mata dan mascara yang susah nak tanggal tu. Boleh ambik masa lama-lama pun takpe untuk gosok bahagian mata dan keluarkan semua mekap yang selalunya susah nak tanggal. Cuma untuk pembersihan 100%, Sismira cadangkan korang guna mekap remover dulu baru proceed dengan cleanser ni. Baru lah bersih sebersih bersihnyaaa 😊. Ramai orang bagitau lepas guna cleanser ni, kulit rasa licin, selesa dan lembut. Dan juga boleh nampak cerah sikit. Ye laa sel kulit mati dah terangkat jadi la cerah sikit muka. Selama ni sel kulit mati yang buat muka kita kusam dan tak berseri. So, yeah I love it to the max !




Mengandungi campuran vitamin yang penting untuk kesihatan kulit, polifenol (antioksidan untuk awet muda) dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk membantu menjadikan kulit nampak berseri-seri. Mengangkat sel-sel kulit mati, melembapkan dan membekalkan nutrisi kepada kulit korang.

Bahan-bahan utama : Vital Repair, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau

Review Sismira :

Toner ni antara feveret Sismira jugak. Sebab Sismira suka tengok keberkesanan dia menanggalkan daki, minyak dan sel-sel kulit mati dan kotoran yang jauh tersorok dalam pori-pori. Blackheads pun boleh tanggal tau masa proses menyental ni hihi. Habis coklat dan hitam kapas muka lepas Sismira tenyeh dan sental muka Sismira. Pastu wallahh muka jadi bertambah cerah. Pori-pori pun jadi lebih rapat dan kurang ketara kat muka.



Mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel. Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol, dan Youth Complex untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit menjadi lebih muda remaja!

Bahan-bahan utama : Youth Complex dengan Apple cell, Lotus Japonicus, Vitamin A berkapsul

Review Sismira :

Serum ni canggih sikit botol dia berbanding item Youth yang lain. Nak keluarkan serum ni kena pulas sikit pastu amik guna jari. Kepekatan dia tinggi jadi pakai sikit je dah cukup untuk sapu ke seluruh muka. Sangat menjimatkan. Pastikan korang sapu serum ni kat tempat-tempat yang kritikal  contohnya kat tepi hidung, garisan senyum, atas pipi tempat jeragat selalu naik, kat kawasan dahi yang selalu berkerut tu dan tempat yang banyak parut. Kesan dia kita boleh nampak bila kulit rasa tegang dan semakin kurang garis halus. Memang amazing lah serum Youth ni. Sismira love sangat !



Memberi kelembapan kepada kulit dan menambahbaikkan penampilan kulit secara menyeluruh dengan vitamin dan nutrien botani, serta membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50.

Bahan-bahan utama : SPF 50, Vital Repair Complex, Muscadine Grape Extract

Review Sismira :

Moisturiser Youth ni sangat melembapkan kulit. Untuk orang kulit berminyak macam Sismira memang seronok sebab pakai sikit nau-nau pun dah sangat cukup. Pastu kulit akan jadi glowing dan berseri. Sismira sangat galakkan korang guna sebagai base mekap. Senang jadinya nak ratakan foundation. Takde dah nampak muka comot dan bercapuk. Pakai pulak serum Youth sebelum tu, fuhh mekap jadi onz dan sangat lah tahan lama.

  

Krim malam yang membantu menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa anda sedang tidur. Mengandungi campuran botanikal khas yang membantu meransang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin dan cerah

Bahan - bahan utama : Vital Repair, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus

Review Sismira : 

This night cream works wonder on my skin!! Sapu kat muka sebelum tidur dan ready lah korang untuk beauty sleep yang SUPER MAGIC. Night cream ni sangat cepat meresap kat muka. Oh ya, dia ada dua jenis, RICH dan LIGHT. Kalau selalu tidur dalam udara sejuk, kering atau guna aircond, better korang guna RICH. Orang yang kulit berkedut dan berumur 40an pun elok guna RICH. Light pula untuk orang-orang yang lebih muda, kulit tak banyak kedut dan tidur menggunakan kipas. Pakai night crème ni sikit je tak perlu banyak dan pagi esok akan terlihatlah muka yang lebih clear. Jerawat yang semalam merah jadi kecut. Parut terang jadi pudar. Pori-pori luas jadi sempit dan parut berkawah semakin cetek. Memang puas hati. Ini pun fevered item Youth Sismira ! Love love love sangat Youth!




 Mengandungi kandungan VITAMIN C TULEN sebanyak 20% (uiii banyaknyaa 😲) yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi untuk membantu menegang, mencerah dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan. Ia turut membantu mengurangkan kehadiran jeragat, melicinkan tekstur kulit dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan

Bahan-bahan utama : 20% Vitamin C Tulen, Vitamin E, Raspberi

Review Sismira :

All in all, this one is the king . Dia boleh tukar kulit korang dalam masa semalaman je. Cakap la apa saja cela kat muka, esoknya bangun pagi dah berkurang dengan sangat banyak. Jerawat, jeragat, kedut, kulit kering, kulit berminyak.. semua tu boleh setel dalam masa kita tidur je. Sebab tu yang ini kita pakai selang seli. Bukan selalu tau. By the way, pakai ni satu tube terus tau. Jangan simpan-simpan. Kalau ada lebih, boleh sapu kat leher, belakang tapak tangan, siku dan tempat lain yang korang nak bagi nampak cerah.

.
.
.
.
.
.

Untuk korang yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang produk Youth Skincare ni sila lah pm Sismira 011 11927962
Boleh kita berkenalan dan bersembang pasal kecantikan dengan lebih mendalam. Sismira tak sabar nak share macam mana Youth ni boleh tolong selesaikan masalah kulit wajah korang =)



You Might Also Like

0 Comments